‘KONDA KONDI‘ MEMBANTU MENINGKATKAN
TAHAP PENGUASAAN MURID DALAM PENGUKURAN
 UNIT PIAWAI DAN TIDAK PIAWAI


SARINA BTE SAID

DISELIA OLEH

DR. HJH. FAUZIAH HJ YAHYA

Kajian tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan penguasaan murid dalam pengukuran unit piawai dan tidak piawai. Seramai 5 orang murid Tahun 4 Bestari di Sekolah Kebangsaan Padang Temu telah dipilih sebagai subjek kajian ini. Reka bentuk kajian ialah kajian tinjauan menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan pemerhatian awal didapati murid-murid tidak memahami konsep mengukur dalam unit piawai dan tidak piawai. Teknik permainan Konda Kondi telah dipilih untuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran. Intervensi teknik Konda Kondi dijalankan selama dua minggu waktu pengajaran sains, melibatkan enam waktu pembelajaran. Hasil analisa terhadap borang senarai semak dan soalan kuiz menunjukkan melalui teknik konda kondi, murid-murid dapat menguasai kemahiran mengukur. Konda kondi juga telah dapat memberikan kesan kepada peningkatan penguasaan murid dalam pengukuran unit piawai dan tidak piawai. Kajian ini boleh dilaksanakan bagi mata pelajaran lain serta melibatkan pelbagai peringkat murid.


Kata Kunci : penguasaan, ‘KONDA KONDI’, unit piawai dan tidak piawai.

Comments

Popular posts from this blog