Posts

Showing posts from March, 2017
PENILAIAN  KURIKULUM SAINS PROGRAM IJAZAH  SARJANA MUDA PERGURUAN DALAM ASPEK  KONTEKS, INPUT, PROSES DAN PRODUK FAUZIAH HJ YAHYA Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan pelaksanaan pensyarah Sains dalam menyampaikan Kurikulum Sains PISMP di Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia dari dimensi konteks, input, proses dan produk di samping melihat pengaruh antara setiap dimensi tersebut.  Kajian  tinjauan ini menggunakan kaedah gabungan  atau mixed method design yang  menggabungkan pendekatan  kuantitatif dengan  kualitatif. Sampel kajian  terdiri daripada 105 pensyarah Sains yang berkhidmat di 20 buah IPG yang menawarkan pengkhususan Sains di seluruh Malaysia.  Pengumpulan data kuantitatif menggunakan soal selidik manakala bagi data kualitatif  menggunakan temu bual. Nilai cronbach alpha daripada soalselidik ialah lebih daripada 0.90. Data kuantitatif dianalisis  menggunakan SPSS dan AMOS manakala  data kualitatif dianalisis  menggunakan prosedur
‘KONDA KONDI‘ MEMBANTU MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN MURID DALAM PENGUKURAN  UNIT PIAWAI DAN TIDAK PIAWAI SARINA BTE SAID DISELIA OLEH DR. HJH. FAUZIAH HJ YAHYA Kajian tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan penguasaan murid dalam pengukuran unit piawai dan tidak piawai. Seramai 5 orang murid Tahun 4 Bestari di Sekolah Kebangsaan Padang Temu telah dipilih sebagai subjek kajian ini. Reka bentuk kajian ialah kajian tinjauan menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan pemerhatian awal didapati murid-murid tidak memahami konsep mengukur dalam unit piawai dan tidak piawai. Teknik permainan Konda Kondi telah dipilih untuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran. Intervensi teknik Konda Kondi dijalankan selama dua minggu waktu pengajaran sains, melibatkan enam waktu pembelajaran. Hasil analisa terhadap borang senarai semak dan soalan kuiz menunjuk
‘KERIS’ MEMBANTU MENINGKATKAN PENGUASAAN   KONSEP LITAR BERSIRI DAN LITAR SELARI   JUHAIDA BINTI ZAINOL   DISELIA OLEH   DR. HJH. FAUZIAH BINTI HJ.YAHYA  Kajian tindakan ini bertujuan untuk membantu meningkatkan konsep litar bersiri dan selari subjek kajian menggunakan kit pembelajaran ‘KERIS’ disamping memperbetulkan miskonsepsi mereka semasa sesi intervensi dalam tajuk litar elektrik. Selain itu, amat diharapkan agar kajian ini dapat memudahkan para guru untuk mencari suatu kaedah yang sesuai untuk meningkatkan ingatan dan penguasaan murid mempelajari tajuk Elektrik. Kit Pembelajaran ini diperkenalkan kepada lima orang subjek kajian di dalam kelas tahun 5 Murni di salah sebuah sekolah di daerah Melaka Tengah. Kaedah ini menggunakan kit pembelajaran yang disertakan dengan pelan litar bersiri dan litar selari yang telah dilabel. Subjek kajian diminta membina litar selari dan litar bersiri di atas pelan litar tersebut terlebih dahulu kemudian membina litar ber