Monday, February 20, 2012

KATA-KATA ALUAN
KETUA PENYELARAS
PPISMP IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Buku Panduan yang baik adalah buku yang dapat memberi gambaran awal tentang perjalanan sesuatu organisasi serta membantu proses merancang pelaksanaannya dengan lebih teratur. Alhamdulillah dengan izinNya dan kerjasama semua pihak Buku Panduan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) ini dapat diterbitkan.
Jutaan Terima Kasih ditujukan kepada Pengarah IPG KPM, Timbalan Pengarah IPG KPM serta semua penyelaras kohort yang telah banyak membantu dalam penghasilan Buku Panduan PPISMP ini.
Buku Panduan ini dirangka meliputi empat bahagian yang utama. Bahagian A memaparkan maklumat umum berkaitan sistem pentadbiran IPG KPM seperti Visi, Misi, Objektif IPG, Objektif Program dan Senarai Program yang ditawarkan. Bahagian B memberikan maklumat berkaitan struktur kurikulum dan peperiksaan. Bahagian C menghuraikan secara ringkas berkaitan sinopsis kursus untuk membantu pelajar memahami struktur kursus setiap bidang pengajian yang ditawarkan. Seterusnya Bahagian D merupakan bahagian terakhir yang menyenaraikan kemudahan-kemudahan lain yang disediakan.
Akhir kata diharapkan Buku Panduan ini dapat memberikan input yang diperlukan kepada bakal guru dan dimanfaatkan sepanjang pengajian awal dalam bidang pendidikan ini.


FAUZIAH HJ YAHYA
Ketua Penyelaras
Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda

buah tangan utk PPISMP

Thursday, December 1, 2011


Heningan malam menjadi saksi
Aku kembali padaMu
Dengan secebis doa kutadahkan
Mengharap petunjuk dariMu
Dengan sekeping hati kuhadiahkan
Tulus memohon kepadaMu

Aku yang khilaf ini masih perlukanMu
Di saat duka maupun bahagia
Aku bersujud atas sajadahMu
Bersama deraian kilauan kaca
Ku bermohon ampun padaMu
Atas segala silapku
Selama aku menjadi hambaMu
Di muka dunia yang fana..

Sungguh kerdil diri ini
Begitu sedih aku mengenang
Hidupku yang indah ini
Takku syukuri nikmatMu spenuhnya
Takku lewati jalanMu sebaiknya
Oh Maha Kuasa
Maafkan diri ini...

Sesungguhnya aku rindukanMu
Siapalah aku...
Yang slalu leka dan alpa
Dengan urusan duniawi
Sesungguhnya
Ku inginkan bahagia bersamaMu
Jalani hidup ini bersama redhaMu
Oh Tuhanku…
Yang Maha Penyayang lagi Pengampun
Ampunilah hambaMu ini…
Setinggi kasih kupanjatkan
Hanya padaMu yang Satu…

Monday, October 3, 2011

Thursday, September 15, 2011



" Get back to nature and laze the day away in realms where endless spectacles unfold..."

Mercu Tanda Tanah terselatan di Bumi Asia.....Tanjung ini terkenal dengan nama Tanjung Piai...sempena nama paku pakis "Paku Piai Raya" (Acrostichum aureum) yang hanya dapat dijumpai di habitat selatan benua ini....Satu pengalaman yang menarik...Walau banyak usaha dilakukan untuk mengekalkan alam semulajadinya...namun ...atas nama manusia...ramai yang tidak peka...


Satu lagi mercu tanda...sempena mengambil daun paku pakis piai....

Saturday, August 6, 2011

"I don't have time to hate people who hate me because I am busy loving people who love me."

ramadhan 2011




ramadhan...
datang lagi...penuh keberkatan...tetap dinanti..,
moga lebih dirahmati dan diterima segala ibadat....
Hanya Dia Yang Tahu.....