Dari Tasik kini ke Pulau.....
bersama menjayakan eksplorasi Tioman |
Kali ini Pulau Tioman menjadi destinasi kunjungan...Pulau yang gah namanya seantero dunia sebagai pusat pelancongan utama negara ini....objektif kunjungan kali ini hanya satu....menikmati keindahan laut di Tioman...bukan shopping....
menjejak kaki di jeti kg genting Pulau Tioman seawal 10.30pg....mata terus terpukau melihat jernihnya air laut...ikan2 berenang senang...menunggu roti yg dicampak ke air...gerombolan ikan pelbagai warna memang memukau mata memandang....
Island Reef Resort menjadi tempat penginapan 3 hari dua malam....walau penat daki tangga...tapi seronok boleh excercise....slps makan banyak....
selepas jungle tracking....aktiviti jejak kaki dalam air....'water confident' bagi yg tak confident...termasuklah pensyarahnya.....terus excited nak tunggu hari esok......
keesokan hari...bersedia untuk ke taman laut di Kg Tekek Tioman....sblm tu sempat melawat 'duty free shop'...terpaksa jgk shopping...Slps taklimat dari pegawai jabatan laut....menikmati makan tengahari...walau hanya nasi putih n ikan sambal n ayam goreng....sedapnya sampai menjilat jari....sbb lapar.....
dah kenyang baru boleh snorkeling...dah dapat banyak tenaga....bestnya...walau amatur tapi lagak macam profesional je....janji x lemas n paling penting nampak ikan....
dah pandai...naik bot semula dan sampai ke destinasi utama.....Taman Laut Tioman....subahanaullah.....
Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur).(Ad-Dhuha:11)
berpuluh coral...pelbagai warna..kuning, pink, hijau....masyallah......yg bulat, beralun, berduri....macam2....khayal dalam dunia coral yg memukau.....masa satu jam bagai tak cukup....
Sesungguhnya keindahan dasar laut memberi peluang kepada diri ini menyelami karya Allah SWT bagi meningkatkan rasa takjub dengan kebesaran-Nya.
the real nemo.... |
berebut roti |
pantai dan nelayan dipisah jangan... |
pantai yang tenang |
perjalanan pulang tidak semudah perjalanan pergi....dilambung ombak tiga jam dalam feri hampir2 membuatkan perut memuntahkan isinya....feri selamat berlabuh di jeti mersing dalam air muara yang dah nak surut....jelas berbeza laut mersing dengan laut Tioman...dan ini menjadi pasti bahawa Tioman akan dikunjungi lagi...tapi entah bila........
Comments
Post a Comment