‘KERIS’ MEMBANTU MENINGKATKAN PENGUASAAN 
 KONSEP LITAR BERSIRI DAN LITAR SELARI 

 JUHAIDA BINTI ZAINOL 

 DISELIA OLEH 

 DR. HJH. FAUZIAH BINTI HJ.YAHYA


 Kajian tindakan ini bertujuan untuk membantu meningkatkan konsep litar bersiri dan selari subjek kajian menggunakan kit pembelajaran ‘KERIS’ disamping memperbetulkan miskonsepsi mereka semasa sesi intervensi dalam tajuk litar elektrik. Selain itu, amat diharapkan agar kajian ini dapat memudahkan para guru untuk mencari suatu kaedah yang sesuai untuk meningkatkan ingatan dan penguasaan murid mempelajari tajuk Elektrik. Kit Pembelajaran ini diperkenalkan kepada lima orang subjek kajian di dalam kelas tahun 5 Murni di salah sebuah sekolah di daerah Melaka Tengah. Kaedah ini menggunakan kit pembelajaran yang disertakan dengan pelan litar bersiri dan litar selari yang telah dilabel. Subjek kajian diminta membina litar selari dan litar bersiri di atas pelan litar tersebut terlebih dahulu kemudian membina litar bersiri dan litar selari tanpa pelan tersebut untuk mengukuhkan ingatan mereka. Instrumen yang digunakan untuk mendapat data dalam kajian ini ialah borang pemerhatian, dokumen bertulis seperti Latihan 1, latihan 2 dan Ujian Topikal. Data yang didapati dari kajian ini akan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf. Daripada kajian ini saya dapati kit pembelajaran ‘KERIS’ dapat membantu subjek kajian meningkatkan penguasaan konsep litar selari dan litar bersiri mereka dengan baik dan berkesan berbanding sebelum sesi intervensi dijalankan. Kesimpulannya penggunaan kit pembelajaran ‘KERIS’ dapat membantu subjek kajian meningkatkan penguasaan, juga dapat mendorong minat dan menaikkan semangat mereka dalam mempelajari sains serta merasakan bahawa subjek sains tidaklah sesukar mana. 

Kata Kunci: Penguasaan, kit ‘KERIS’, litar bersiri, litar selari, miskonsepsi

Comments

Popular posts from this blog