PETA PEMIKIRAN MENAMBAH BAIK AMALAN P & P GURU DALAM MEMBANTU MURID MENGUASAI TOPIK KEADAAN JIRIM


Nor Azwana  Binti  Ariffin
Penyelia: Cik Hjh Fauziah Hj Yahya

ABSTRAK

Kajian tindakan ini bertujuan untuk menambah baik amalan P & P saya dalam topik Keadaan Bahan bagi mata pelajaran Sains Tahun 5. Subjek kajian yang terlibat dalam kajian ini ialah tiga orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan Tahun 5 Murni di sebuah sekolah di daerah Melaka Tengah, Melaka. Strategi dan pendekatan pengajaran saya yang kurang sesuai menyebabkan subjek kajian tidak dapat memahami dan mengingati konsep Keadaan Bahan dan Proses Perubahan Bahan dengan baik. Lantaran itu, kaedah Peta Pemikiran melalui  penggunaan dua alat berfikir iaitu Peta Buih dan Peta Bulatan telah dipilih sebagai tindakan intervensi selama tiga minggu kajian tindakan ini dilaksanakan. Tiga jenis instrumen telah saya gunakan untuk mengumpul dan menganalisis data yang diperlukan sepanjang pelaksanaan kajian iaitu analisis dokumen berbentuk lembaran kerja, soal selidik dan temu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan kaedah Peta Pemikiran berjaya membantu subjek kajian dalam menguasai topik Keadaan Jirim melalui peningkatan pencapaian setiap subjek kajian selepas intervensi. Secara tidak langsung, melalui kajian ini ia dapat menambah baik amalan P & P saya dalam mata pelajaran Sains. Kajian ini boleh dilaksanakan untuk  topik lain dalam Sains Tahun 5 dan boleh juga diaplikasikan oleh pelbagai peringkat murid seperti murid Tahap 1 dalam mata pelajaran DST.


Kata kunci:  Peta Pemikiran, menambah baik amalan P & P, menguasai topik Keadaan Jirim

Comments

Popular posts from this blog