Penggunaan Teknik
Neumonik Membantu Meningkatkan Keupayaan Murid Mengenalpasti Pembolehubah Dalam
Soalan Struktur Bahagian B
Oleh
: Juraimi binti Osman
Penyelia:
Cik Hjh Fauziah Hj Yahya
IPG Kampus Perempuan
Melayu, Jalan Maktab, Durian Daun, 75990 Melaka.
ABSTRAK
Kajian
tindakan ini dijalankan untuk menentukan adakah teknik mneumonik membantu
meningkatkan keupayaan murid mengenalpasti pembolehubah dalam soalan struktur
bahagian B. Pembolehubah yang perlu dikenalpasti ditumpukan kepada pembolehubah
yang terdapat di dalam bentuk graf dan jadual. Cara pengumpulan data yang
digunakan ialah ujian diagnostik, analisa dokumen dan temubual. Kajian ini
melibatkan 14 orang murid bagi mendapatkan data awal. Setelah analisa dapatan
diperolehi, bilangan murid yang dijadikan responden adalah seramai 5 orang.
Setelah teknik mnemonik ini diperkenalkan kepada lima orang responden yang
terlibat, didapati, terdapat perubahan yang amat ketara pada keupayaan murid
mengenalpasti pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerakbalas dalam
soalan struktur bahagian B.
Comments
Post a Comment