Melihat kepada senario sebelum dan selepas PRU 13..
terpanggil untuk kongsi sajak nukilan 
Negarawan Ulung Tun Dr Mahathir  Mohamad.....

 
"Melayu mudah lupa"

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai
...


lemas dengan ungkapan 'ubah', 'tukar' dan macam-macam  lagi
walau sebenarnya mereka tak tau apa yang nak diubah, nak ditukar...jangan sampai bumi dipijak jadi milik orang lain

moga Malaysia sentiasa jadi bumi penuh dengan rahmat Ilahi...insyallah






Comments

Popular posts from this blog