NOSTALGIA 2010
"Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi baitullah, iaitu sesiapa yang mampu berkuasa sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkar akan kewajipan ibadah haji itu), maka sesungguhnya Allah maha kaya (tidak berhajat sesuatu pun) daripada sekalian makhluk" (Ali- imran: 97).
Bermula dengan angan-angan dan impian...
Alhamdulillah dijemput sebagai tetamuNya pada 1431H. Satu perjuangan pengabdian diri kepada Yang Maha Esa....
Perjalanan lancar dari rumah ke Kompleks Haji Kelana Jaya...konvoi bas diiring polis peronda ke KLIA seolah-olah menggambarkan lancarnya kehidupan yang bakal dilalui selama 45 hari di bumi suci....
Diberi kesihatan yang baik, ketenangan hati dan perasaan, rakan2 yang saling memahami merupakan bonus terbaik dalam memastikan semua amalan dapat dilaksanakan sebaik mungkin....
Kemuncak amalan...pergerakan ke Arafah...dalam pakaian putih bersih...serba baru..mengharapkan redha dan mabrur yang diperolehi... mutawif terlatih terus membimbing tanpa jemu...sayu bertamu di Muzdalifah bila takbir raya berkumandang...namun kasih dan redha Allah mengatasi segalanya...
Kongsi khemah besar di Mina...tunggu giliran 2 jam utk urusan membersih diri... bukan halangan besar...pasrah dan redha...semua sama...tiada yang istimewa...
Urusan melontar turut dipermudah...tiada sebarang halangan...ustaz mutawif terus setia memberi khidmat...
Subahanaullah...semua mudah...membuang segala gundah...
2 rukun terakhir perlu dilaksana bila balik semula ke Mekah...tawaf dan saee...terfikir dalam diri..boleh ke ni...bagai tiada ruang.....namun kalau dah dijemputNya sudah tentu diberiNya ruang....
Hanya airmata gembira apabila tawaf dan saee selesai dilaksana dalam tempoh masa 4 jam....Lengkap sudah rukun dan syaratnya....Tidak terucap syukur ini....tiada yang lebih gembira....hanya berharap apa yang dilaksana diterima tanpa ditolak walau sezarah.....Insan tersayang abah dan emak turut berkongsi gembira....hanya suara sebak kedengaran....
Rasulullah SAW bersabda: “Daripada
satu umrah ke umrah berikutnya adalah penghapus semua kesalahan serta
dosa yang berlaku antara keduanya. Haji yang mabrur (yang dilakukan
dengan ikhlas dan sempurna) itu tidak ada ganjarannya yang setimpal
melainkan syurga.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Sesungguhnya alunan labbaikallah terus terngiang2....mengharap diri terus diberkati dan diredhai dunia dan akhirat.
Comments
Post a Comment