FUNDAMENTALS OF INQUIRY WORKSHOP
Dari aktiviti santai...kini JSN beralih ke aktiviti yang lebih ilmiah. Satu kolaborasi workshop dengan Petrosains telah dilaksanakan dengan jayanya pada 3 dan 4 Oktober. Alhamdulillah Kampus Perempuan Melayu terpilih sebagai kampus pertama untuk kolaborasi ini. Kampus unik yang selalu jadi tumpuan.
Berdekad lamanya.....sains terkenal dengan konsep menghafal dan mengingat fakta... kini dunia berubah....sains menuntut pelajar belajar berfikir, meneroka, menaakul dan menyelesai masalah berlandaskan teori dan prinsip yang berkaitan.
Belajar tentang sains bererti belajar tentang kehidupan. Jika pelajar terus disajikan dengan input terhad dari guru sudah tentu keseronokan untuk meneroka sains akan terbantut. Sesuai dengan dunia siber kini...semua maklumat di hujung jari....maka kaedah inkuiri diperkenalkan dalam sisitem pendidikan negara kita. Dengan penerapan inkuiri dalam diri pelajar diharap dapat membantu
pelajar belajar sains dengan lebih seronok, berfikir bijak dan menemui
pembelajaran bermakna secara sendiri.
Walau ilmu inkuri ini telah didalami dalam kuliah...workshop ini membuka minda bakal2 cikgu ini untuk berinkuiri....keseronokan serta semangat jelas terpancar di wajah2 manis mereka...seminggu sebelum workshop, semua persediaan disiapkan mengikut arahan yang diberikan....
kertas kerja, kemas bilik tetamu, angkat meja, angkat white board, angkat kerusi....semuanya dilakukan secara bersama....tiada wajah mencuka hanya senyum manis dilemparkan...tahniah anak2 didikku...bakal guru sains cemerlang....
Dimulakan dengan majlis pembukaan ringkas oleh Ketua Jabatan Sains...workshop berjalan lancar dari 9.00 pagi hingga 11 malam.....semua aktiviti menuntut pemikiran kreatif dan kritis....penat minda...namun sekali lagi semua bakal2 cikgu memberi senyuman puas tanpa mengeluh....
Aktiviti parachute menutup workshop...penutup rasmi dilakukan oleh Pengarah IPG KPM yang baru....yang turut teruja dengan aktiviti2 yang dijalankan. Terima Kasih sekali lagi kepada Petrosains....sesungguhnya kolaborasi dan sumbangan kewangan memang sangat dihargai demi memberi pendedahan luas kepada bakal2 guru yang bersemangat ini.....
Sabda Rasulullah SAW : “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” [Bukhari]
sudah semestinya benar...bakal2 guru inilah yang perlu dibekalkan dengan bekalan yang cukup sebelum mereka dilepaskan untuk mendidik anak bangsa...mereka masih terbuka untuk menerima semua ilmu yang dicurahkan...INKUIRI...satu kaedah baru yang membantu ke arah melahirkan saintis muda yang bijak melakukan inovasi....
aktiviti pertama, hari pertama... |
aktiviti malam |
observation n discussion |
buat payung terjun |
sijil dan cenderahati |
kejayaan bersama: Petrosains & Jabatan Sains IPG KPM |
Comments
Post a Comment