Begitulah KehendakNya……
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): Perhatikanlah dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi (dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya). Dalam pada itu, segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah),dan segala Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak menaruh kepercayaan kepadanya.”.
Surah Yunus ayat 101.
Akhir Januari 2012 aku mendapat satu tugas rutin tetapi di bidang yang amat berbeza…menjadi pensyarah penyelia bagi guru pelatih Bidang Pendidikan Khas…terdetik di hati…biar betul…..dari bidang sains terjun pulak ke pendidikan khas…betul2 bidan terjun….
Namun demi tugas, demi membantu dan mencari pengalaman baru…amanah diterima jua… Berbekalkan taklimat ringkas dari ketua jabatan pendidikan khas, 2 orang guru pelatih Izian dan Hidayah diselia…
Dalam lawatan pertama…ada sedikit ‘culture shock’…maklumlah dah terbiasa dengan pengajaran di makmal, radas dan bahan, objektif yang jelas, fakta dan teori yang kukuh…..tiba2 berubah….
Hanya sekumpulan kecil pelajar, empat meja disusun berdepan, tanpa radas dan bahan, tanpa fakta dan teori…dan sudah semestinya dengan penampilan, raut wajah dan susuk tubuh yang berbeza…
Subhanaullah….sedikit terkejut pada awalnya….namun segera ku ingatkan diri…inilah ketentuan Ilahi…
Walau berbeza dari banyak segi…sebagai individu dalam masyarakat mereka jua berhak diberi pendidikan…difahami @ tidak bukan objektif utama…..yang pasti mereka insan istimewa yang boleh dilatih…walau bukan untuk kerjaya hebat tapi cukup untuk uruskan diri seharian….tersentuh hati ini melihat kesungguhan mereka….berebut nak jawab soalan, berebut nak dapat bintang, berebut nak kan perhatian guru…tapi dalam dunia mereka yang tersendiri….
Sekalung tahniah juga diberi kepada guru2 pelatihku yang berjaya melayan kerenah anak2 didik mereka dengan sangat baik dan sabar ….excellent….tiba2 aku bertanya diri sendiri…mampukah aku melakukan sepertimana yg dilakukan oleh guru2 pelatih ku…aku sendiri tak pasti…
Kini tugas menyelia selesai sudah….ingatan terhadap Syafik, Danial, Haziq, Nadia, Mia, Aliff kekal dalam ingatan…
izian bersama anak2 didiknya |
hidayah bersama anak2 didiknya... |
Danial: slow learner yg sopan takut hilang bintang,
Haziq: slow learner yg pendiam
Nadia: Down Syndrome yg boleh mengamuk bila2 masa
Mia: Hiperaktif….bergerak keliling kelas sepanjang 1 jam aku melakukan ‘observation’..
Aliff: Cerebral Palsy…yg bijak menjawab soalan guru….
Berjuta syukur ku ucapkan kehadrat Ilahi kerana dilahirkan sempurna dalam keluarga yang sempurna…sesungguhnya kelahiran insan istimewa ini juga dugaan utk yg sempurna….
Teringat pepatah…”guru ibarat lilin, membakar diri utk menerangi yg lain”…pepatah yg mungkin tidak lagi relevan utk anak2 yg sempurna dan sihat….namun sangat istimewa bagi anak2 istimewa…
Begitulah Ketentuan Ilahi……
Comments
Post a Comment