KATA-KATA ALUAN
KETUA PENYELARAS
PPISMP IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Buku Panduan yang baik adalah buku yang dapat memberi gambaran awal tentang perjalanan sesuatu organisasi serta membantu proses merancang pelaksanaannya dengan lebih teratur. Alhamdulillah dengan izinNya dan kerjasama semua pihak Buku Panduan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) ini dapat diterbitkan.
Jutaan Terima Kasih ditujukan kepada Pengarah IPG KPM, Timbalan Pengarah IPG KPM serta semua penyelaras kohort yang telah banyak membantu dalam penghasilan Buku Panduan PPISMP ini.
Buku Panduan ini dirangka meliputi empat bahagian yang utama. Bahagian A memaparkan maklumat umum berkaitan sistem pentadbiran IPG KPM seperti Visi, Misi, Objektif IPG, Objektif Program dan Senarai Program yang ditawarkan. Bahagian B memberikan maklumat berkaitan struktur kurikulum dan peperiksaan. Bahagian C menghuraikan secara ringkas berkaitan sinopsis kursus untuk membantu pelajar memahami struktur kursus setiap bidang pengajian yang ditawarkan. Seterusnya Bahagian D merupakan bahagian terakhir yang menyenaraikan kemudahan-kemudahan lain yang disediakan.
Akhir kata diharapkan Buku Panduan ini dapat memberikan input yang diperlukan kepada bakal guru dan dimanfaatkan sepanjang pengajian awal dalam bidang pendidikan ini.


FAUZIAH HJ YAHYA
Ketua Penyelaras
Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda

Comments

Popular posts from this blog