KETIKA aku ingin hidup KAYA, Aku lupa bahwa HIDUP adalah KEKAYAAN. KETIKA aku takut MEMBERI, Aku lupa bahwa semua yang aku miliki adalah PEMBERIAN. KETIKA aku ingin jadi yang TERKUAT, Aku lupa bahwa dalam KELEMAHAN, Allah memberi aku KEKUATAN. KETIKA aku takut RUGI, Aku lupa bahwa HIDUPKU adalah sebuah KEBERUNTUNGAN . HIDUP ini sangatlah INDAH jika MENSYUKURI apa yang sudah ada. Adakalanya yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK, Yang SEMPURNA tidak menjanjikan KEBAHAGIAAN. Tetapi ketika kita mampu dan mahu MENERIMA semua KEKURANGAN DAN KELEBIHAN... Itulah KEBAHAGIAAN ....
Posts
- Get link
- X
- Other Apps
Begitulah KehendakNya…… Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): Perhatikanlah dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi (dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya). Dalam pada itu, segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah),dan segala Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak menaruh kepercayaan kepadanya.”. Surah Yunus ayat 101. Akhir Januari 2012 aku mendapat satu tugas rutin tetapi di bidang yang amat berbeza…menjadi pensyarah penyelia bagi guru pelatih Bidang Pendidikan Khas…terdetik di hati…biar betul…..dari bidang sains terjun pulak ke pendidikan khas…betul2 bidan terjun…. Namun demi tugas, demi membantu dan mencari pengalaman baru…amanah diterima jua… Berbekalkan taklimat ringkas dari ketua jabatan pendidikan khas, 2 orang guru pelatih Izian dan Hidayah diselia… Dalam lawatan pertama…ada sedikit ‘cu...
Konvokesyen PISMP IPGM
- Get link
- X
- Other Apps
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca Indah puitis sajak ditulis.... guru dikatakan pencetus.... terbentuknya ...intelek dan intelektual... maka pada 13 dan 14 mac 2012 satu lagi sejarah tercipta... 2000 guru biasa berjaya bergraduat.. graduan kohort ke 2 IPGM.. dengan harapan... meneruskan perjuangan.... mendidik anak bangsa.. menjadi manusia... kebanggaan agama, bangsa dan negara... Tahniah....
- Get link
- X
- Other Apps
Kenyir Expedition....3-4 Mac 2012... bahtera Kenyir air terjun Lasir fajar di Kenyir permukaan tasik kenyir student sc sem 3 PISMP iringi guru pelatih PISMP sem 3...bersama Pn Rohaya, En Makrof, n En.Azizi..... Selewat 6 ptg...menaiki bas IPG KPM...yg memang telah lama menabur bakti kepada warga KPM...feel safe sbb dimaklumkan tayar bas baru ditukar baharu ekoran menerima NCR dalam audit terkini...he3x.... 7.30pm...singgah jamak maghrib n isya' di masjid Tangkak.... 8.30pm..meneruskan perjalanan....dah gelap...apa lagi...zzzz ler.... 10pm....bas berhenti di Muadzam...pandai je perut ni...tetiba bbunyi....kuey teow goreng yang diorder x menepati selera....bayar free je kat tokey kedai....masuk kedai lain...makan roti arab...1 1/2 keping...he3x... 11pm....lps kenyang...sambung trip...n sambung tido...... 6am...sedar2 je bas dah berhenti kat masjid ??? dlm negeri Trengganu.... 7am...bergerak ke IPG Mizan...jauhnya...janji sampai ...
- Get link
- X
- Other Apps
KATA-KATA ALUAN KETUA PENYELARAS PPISMP IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU السلام عليكم ورØÙ…Ø© الله وبركاته Buku Panduan yang baik adalah buku yang dapat memberi gambaran awal tentang perjalanan sesuatu organisasi serta membantu proses merancang pelaksanaannya dengan lebih teratur. Alhamdulillah dengan izinNya dan kerjasama semua pihak Buku Panduan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) ini dapat diterbitkan. Jutaan Terima Kasih ditujukan kepada Pengarah IPG KPM, Timbalan Pengarah IPG KPM serta semua penyelaras kohort yang telah banyak membantu dalam penghasilan Buku Panduan PPISMP ini. Buku Panduan ini dirangka meliputi empat bahagian yang utama. Bahagian A memaparkan maklumat umum berkaitan sistem pentadbiran IPG KPM seperti Visi, Misi, Objektif IPG, Objektif Program dan Senarai Program yang ditawarkan. Bahagian B memberikan maklumat berkaitan struktur kurikulum dan peperiksaan. Bahagian C menghuraikan secara ringkas berkaitan sinopsis kursus untuk membantu pelajar m...