KATA-KATA ALUAN KETUA PENYELARAS PPISMP IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU السلام عليكم ورØÙ…Ø© الله وبركاته Buku Panduan yang baik adalah buku yang dapat memberi gambaran awal tentang perjalanan sesuatu organisasi serta membantu proses merancang pelaksanaannya dengan lebih teratur. Alhamdulillah dengan izinNya dan kerjasama semua pihak Buku Panduan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) ini dapat diterbitkan. Jutaan Terima Kasih ditujukan kepada Pengarah IPG KPM, Timbalan Pengarah IPG KPM serta semua penyelaras kohort yang telah banyak membantu dalam penghasilan Buku Panduan PPISMP ini. Buku Panduan ini dirangka meliputi empat bahagian yang utama. Bahagian A memaparkan maklumat umum berkaitan sistem pentadbiran IPG KPM seperti Visi, Misi, Objektif IPG, Objektif Program dan Senarai Program yang ditawarkan. Bahagian B memberikan maklumat berkaitan struktur kurikulum dan peperiksaan. Bahagian C menghuraikan secara ringkas berkaitan sinopsis kursus untuk membantu pelajar m...
Posts
- Get link
- X
- Other Apps
Heningan malam menjadi saksi Aku kembali padaMu Dengan secebis doa kutadahkan Mengharap petunjuk dariMu Dengan sekeping hati kuhadiahkan Tulus memohon kepadaMu Aku yang khilaf ini masih perlukanMu Di saat duka maupun bahagia Aku bersujud atas sajadahMu Bersama deraian kilauan kaca Ku bermohon ampun padaMu Atas segala silapku Selama aku menjadi hambaMu Di muka dunia yang fana.. Sungguh kerdil diri ini Begitu sedih aku mengenang Hidupku yang indah ini Takku syukuri nikmatMu spenuhnya Takku lewati jalanMu sebaiknya Oh Maha Kuasa Maafkan diri ini... Sesungguhnya aku rindukanMu Siapalah aku... Yang slalu leka dan alpa Dengan urusan duniawi Sesungguhnya Ku inginkan bahagia bersamaMu Jalani hidup ini bersama redhaMu Oh Tuhanku… Yang Maha Penyayang lagi Pengampun Ampunilah hambaMu ini… Setinggi kasih kupanjatkan Hanya padaMu yang Satu…
- Get link
- X
- Other Apps
" Get back to nature and laze the day away in realms where endless spectacles unfold..." Mercu Tanda Tanah terselatan di Bumi Asia.....Tanjung ini terkenal dengan nama Tanjung Piai...sempena nama paku pakis "Paku Piai Raya" ( Acrostichum aureum ) yang hanya dapat dijumpai di habitat selatan benua ini....Satu pengalaman yang menarik...Walau banyak usaha dilakukan untuk mengekalkan alam semulajadinya...namun ...atas nama manusia...ramai yang tidak peka... Satu lagi mercu tanda...sempena mengambil daun paku pakis piai....