PETA PEMIKIRAN MENAMBAH BAIK AMALAN P & P GURU DALAM MEMBANTU MURID MENGUASAI TOPIK KEADAAN JIRIM Nor Azwana Binti Ariffin Penyelia: Cik Hjh Fauziah Hj Yahya ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan untuk menambah baik amalan P & P saya dalam topik Keadaan Bahan bagi mata pelajaran Sains Tahun 5. Subjek kajian yang terlibat dalam kajian ini ialah tiga orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan Tahun 5 Murni di sebuah sekolah di daerah Melaka Tengah, Melaka. Strategi dan pendekatan pengajaran saya yang kurang sesuai menyebabkan subjek kajian tidak dapat memahami dan mengingati konsep Keadaan Bahan dan Proses Perubahan Bahan dengan baik. Lantaran itu, kaedah Peta Pemikiran melalui penggunaan dua alat berfikir iaitu Peta Buih dan Peta Bulatan telah dipilih sebagai tindakan intervensi selama tiga minggu kajian tindakan ini dilaksanakan. Tiga jenis instrumen telah saya gunakan untuk mengumpul dan menganalisis data yang diperlukan sepanjang ...
Posts
- Get link
- X
- Other Apps
Penggunaan Teknik Neumonik Membantu Meningkatkan Keupayaan Murid Mengenalpasti Pembolehubah Dalam Soalan Struktur Bahagian B Oleh : Juraimi binti Osman Penyelia: Cik Hjh Fauziah Hj Yahya IPG Kampus Perempuan Melayu, Jalan Maktab, Durian Daun, 75990 Melaka. ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan untuk menentukan adakah teknik mneumonik membantu meningkatkan keupayaan murid mengenalpasti pembolehubah dalam soalan struktur bahagian B. Pembolehubah yang perlu dikenalpasti ditumpukan kepada pembolehubah yang terdapat di dalam bentuk graf dan jadual. Cara pengumpulan data yang digunakan ialah ujian diagnostik, analisa dokumen dan temubual. Kajian ini melibatkan 14 orang murid bagi mendapatkan data awal. Setelah analisa dapatan diperolehi, bilangan murid yang dijadikan responden adalah seramai 5 orang. Setelah teknik mnemonik ini diperkenalkan kepada lima orang responden yang terlibat, didapati, terdapat perubahan yang amat ketara pada keupayaan murid mengenalpasti pembo...
- Get link
- X
- Other Apps
Pelajar Tahun Akhir PISMP (Sains Pendidikan Rendah)....Tahniah Perspektif Pensyarah dalam Pelaksanaan Kurikulum Sains PISMP IPG Malaysia Fauziah Hj Yahya* IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka Email: gieyahya@gmail.com Abdul Rahim Bin Hamdan, PhD Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti perspektif pensyarah dalam melaksanakan kurikulum Sains PISMP di IPG Malaysia berdasarkan pengalaman mengajar dengan menggunakan Model KIPP. Responden kajian ini terdiri daripada 105 pensyarah sains di 20 IPG seluruh Malaysia. Kajian ini menggunakan soal selidik yang mengandungi 74 item meliputi empat dimensi iaitu dimensi Konteks, Input, Proses dan Produk. Data yang terkumpul melalui soal selidik tersebut dianalisis dengan menggunakan ANOVA sehala. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan matlamat kurikulum dan objektif kurikulum daripada dimensi konteks berdasarkan pengalaman mengajar di sekolah. Bagi ke...