Posts

Image
Tahun baharu ini.......... Saat ini, Mengajarku erti, Yang kelak bertukar kini, Yang kini menjadi silam, Lalu kekesalan, Dan kegembiraan ini, Sebati dalam hakikat…. Saat inilah, Usahamu dinilai, Gigihmu ditakrif, Hatta setahun menyerah kudrat, Bermandi peluh, Untuk setahun mendatang…. Saat itu, Telah menjadi detik akhir, Kendatipun apa hasilnya, Berbuah pelbagai rasa, Aturan hidup kita….. HN Harima
"Number Head Together"
Peer Tutoring
http://youtu.be/SHrBOJcuBOA
Image
FESTIVAL DWI TAHUNAN Banner utama....promosi... Alhamdulillah....usaha yang dimulakan seawal Januari 2013 telah terlaksana dengan jayanya. Sekalung tahniah diucapkan kepada guru pelatih semester 6 yang telah menunjukkan usaha yang bukan sedikit dalam memastikan matlamat festival ini tercapai. Selain mempromosi Jabatan Sains IPG KPM di mata pihak luar, penganjuran festival ini telah dapat memberi pengalaman berharga kepada mereka berkaitan urusan penganjuran  sesuatu program,  komunikasi dengan pihak luar dan lebih penting jelekitan antara kumpulan yang berjaya ditunjukkan bagi memastikan festival ini berjalan lancar. Bakal saintis muda....membantu membuka minda mereka berkaitan sains dan alam.. Perasmian Festival Pendidikan Sains oleh Timbalan Pengarah IPG KPM: sokongan pihak pengurusan sangat penting bagi kejayaan festival pendidikan ini... Lawatan ke tapak festival: FRIM dan Kompleks Falak; dua organisasi yang boleh membuka minda anak-anak t...

inovasi

Inovasi Penyoalan
Melihat kepada senario sebelum dan selepas PRU 13.. terpanggil untuk kongsi sajak nukilan  Negarawan Ulung Tun Dr Mahathir  Mohamad.....   "Melayu mudah lupa" Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa Dulu bangsanya dipijak Melayu mudah lupa Dulu bangsanya retak Melayu mudah lupa Dulu bangsanya teriak Melayu mudah lupa Dulu bangsanya haprak Melayu mudah lupa Dulu bangsanya kelas dua Melayu mudah lupa Dulu bangsanya hina Melayu mudah lupa Dulu bangsanya sengketa Melayu mudah lupa Dulu bangsanya derita Melayu mudah lupa Dulu bangsanya kerdil Melayu mudah lupa Dulu bangsanya terpencil Melayu mudah lupa Tiada daulat Tiada maruah Tiada bebas Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa Sejarah bangsanya yang lena Tanah lahirnya yang merekah berdarah Ingatlah Ingatlah Ingatlah Wahai bangsaku Jangan mudah lupa lagi Kerana perjuanganmu belum selesai ... lemas dengan ungkapan 'ubah', 'tukar' dan macam-macam  lagi walau sebenarnya mereka tak tau apa y...